Halaman

Sabtu, 16 Jun 2012

MKI ( Mainan kanak2 zaman dulu


Mainan kanak2 zaman dulu.

Main getah.

asenye mereka yang masa keciknya same waktu dengan aku pasti mengetahui permainan getah bulat atau bahasa mudahnya main getah. Permainan ini antara game yang sangat top satu ketika dulu. Apabila tiba musimnya game ni akan menduduki carta nombor satu dalam banyak-banyak game zaman itu...memang best...kemana aje pegi dalam pelusuk kampung tu mesti kelihatan budak2 main game ni....tak kira pagi ke petang ke janji ada geng....

Penjual getah rasmi dan swasta pun muncul macam cendawan tumbuh. Kalau tak silap ingatan aku sekupang pun dah dapat...tapi adale dalam 20 getah bulat...lagi banyak duit lagi banyak le getah ni boleh dibeli...tapi waktu tu sekupang pun dah dikira banyak dah bagi budak2 kampung...aku ingat lagi kedai Pak Kuntom la port utama nak beli getah ni di kampung aku...(kedai ni dah tak de dah....) ok la cara mainnya macam ini.
Dua tiang kayu akan dicacakkan di kiri dan kanan di kawasan yang lapang. Setelah pailing tiangnya agak kukuh maka satu atau dua getah bulat akan direngangkan diantara dua tiang. Sesiapa yang hendak main mesti membuat pertaruhan berdasarkan jumlah bilangan getah yang dipersetujui. Kadang-kadang 5,10,15 atau 20 (Jumlahnya bergantung kepada persetujuan. Setelah itu jumlah getah bulat yang telah dipersetujui akan diletakkan di atas getah yang diregang diantara dua batang kayu tadi.
Warna getah bulat ada bermacam-macam warna merah, kuning, biru, hijau dan ada juga yang berwarna antara campuran warna-warna yang aku sebutkan tadi. Jumlah pemain yang menyertai permainan ini tidak terhad. Lagi ramai lagi bagus. Setelah getah-getah bulat diletakkan di atas getah yang diregang antara dua palang maka tibalah pula masa mengundi giliran untuk menentukan siapa yang akan memulakan permaianan dan giliran bagi pemain yang seterusnya.

Matlamatnya ialah untuk menjatuhkan seberapa banyak getah ke atas tanah daripada getah yang telah diletakkan di atas getah yang diregangkan di antara dua kayu. Jarak antara tempat menaget getah ke palang ialah kira-kira 5 ke sepuluh langkah. Getah yang digunakan untuk menaget getah sasaran dinamakan gundat. .

Untuk membuat  gundat memerlukan sedikit kemahiran memintal getah. Tapi  gundat ni memang powerfull. Gundat boleh dilepaskan dari jarak yang jauh berbanding tagan biasa. Ibarat senapang dengan pistol. Kadang-kadang sekali taget semua getah sasaran dah jatuh semuanya ke tanah. Kepada pemenang akan tersenyum riang akan mendapat getah yang banyak. Kepada yang kalah pulang dengan perasaan hampa dan terpaksalah beli getah lagi..kadang tu ada yang menangis sebab getah nyer dah habis...kalah la tu....report kat mak..pastu mak nyer datang n minta balik getah anaknyer...hahaha...kenangan2 yg memang nostalgia la. Masa mula datang tadi penuh tangan sampai ke siku ngan getah, masa balik terang, dah kalahh la tu..
Inilah permainan aku saban petang sepanjang musim main getah. Sebenarnya bagi aku permainan ni agak bagus juga kerana permainan ini ada falsafah mengira, menyusun strategi dan kemahiran menganggar sesuatu dengan tepat. Ada juga unsur Melankolik apabila ada yang menangis teresak-esak disebabkan kalah. Dan adanya juga unsur riak dan takabur bagi mereka yang memang. He he apa apa pun main getah ni memang best...

                                                  Main guli..

 Nak bercerita sikitla zaman kanak - kanak aku dulu, masa tu di kira - kira tahun 80 an la. Zaman dulu kalau di tempat aku mainan yg paling di gemari ketika itu oleh kanak2 lelaki macam aku ni, antaranya ialah
Main guli..Nak tau cara main guli ni, banyak cara ada dalam permainan guli ni, antaranya main pangkah. Dalam games ni selalunya ada 3 atau 4 orang baru syok, caranya kita  buat satu lubang, ala kecik jer selalunya zaman tu lubang kita orang buat dengan menghentakan tumit kaki ke tanah asalkan boleh masuk guli ke dalamnya dah kira ok la lubang tu, pas tu buat satu garisan tempat untuk membaling / memasukkan guli tadi ke lubang, sapa yg masuk atau pun yg paling hampir dia lah yg akan memangkah guli kawan - kawan yg lain sehinggalah semuanya berjaya memasukkan guli masing - masing ke dalam lubang tadi,hai bukan senang oi kadang2 dari pagi sampai tengah hari kena pangkah jer la gulinya, biasanya yg lebih senior la membuli adik - adik yg lebih kecik. main guli pangkah ni  tiada unsur taruhan cuma kalau yg kalah tu dari awal sampai akhir asyik kena pangkah je lah, kadang - kadang sampai pecah guli kawan tu kena pangkah.apa nak buat itu dah jadi adatla dalam setiap permainan..Yang paling aku minat main guli ni ialah main bulatan, ha macam dalam gambar ni, yg ni pun di perlukan 3 atau 4 orang, caranya buat bulatan dan satu garisan di depannya..games ni lain dari main pangkah tadi kerana setiap orang kena baling melepasi garisan tersebut sape yg paling jauh dia yg akan membuat balingan dulu, guli akan di letakkan di dalam bulatan, setiap orang kena letak sama banyak kalau targan 5 semua orang kena letak 5 ( targan = taruhan bahasa kanak2 kt kg aku ), ok balingan kena ikut giliran sape yg paling jauh dialah yg akan baling dulu, balingan adalah untuk mengeluarkan guli tadi dari bulatan dan sekiranya berjaya yg lainnya terpaksala menunggu sehingga yg tadi gagal baru giliran mereka yg seterusnya membuat balingan.bagi mereka yg dah mengeluarkan guli dari bulatan, mereka ni mempunyai hak untuk menamatkan permainan pihak lain dgn membaling guli yg di gunakan mereka untuk membuat balingan dan sebagai bonusnya satu biji guli dari dalam bulatan akan di ambil kerana berjaya mematikan sorang lawan.Games tersebut berakhir apabilla guli dalam bulatan tadi habis atau pun berjaya mematikan lawan dengan cara tadi.Aku sangat minat dalam permainan ni dan biasanya aku pasti menang, kadang2 tu sampai berjual, masa tu 10 biji bolehlah jual 10 sen, ok apa wat beli ais krim..

MKI ( Masihkah kau ingat )


MKI (masihkah kau ingat )

Selain dari bermain, aktiviti yg di gemari oleh aku dan kanak2 yg seangkatan dengan ku dulu ialah menggagau ikan ( tangkap ikan guna tangan ) gagau ikan ni selalunya di paya, kolam yg nak di keringkan dan banyak lagila janji airnya cetek, selalunya tempat tumpuan aku dan kawan2 untuk menggagau ikan adalah di sekitar lombong tinggal berhampiran kawasan felda, di sekitar kawasan lombong ni banyakla lopak2 air yg di diami oleh berbagai jenis ikan antaranya ikan sepat, puyu, terboi, potak, putih, sepat siam, haruan dan juga keli.so pada musim kemarau kawasan ni pasti akan di penuhi oleh penduduk sekitar semata - mata untuk melakukan aktiviti ni la ( menangkap ikan ) berbagai cara di gunakan untuk menangkap ikan pada masa tu, ada yg guna sauk, jala, jaring dan berbagai lagi la. Bagi ku pula aku lebih gemar guna tangan sebab selalunya bila air dah hampir kering, lumpurnya agak banyak jadi ianya agak menyukarkan untuk kita menggunakan peralatan ni tadi dan juga untuk menangkap ikan2 pilihan seperti ikan haruan atau ikan keli yg biasanya pandai menyembunyikan diri di dalam lubang dan di celah2 kayu..di sini skill menggagau di perlukan sebab seperti ikan haruan ia amat aktif melarikan diri dan ikan keli pula mempunya sengat yg agak berbisa tapi bagi kami masa tu ia tidak menjadi halangan bagi kami.
Selalunya aktiviti ni kami lakukan beramai - ramai, selepas bersepakat nak pergi maka berduyun - duyunla kami ke lokasi kegemaran kami iaitu di sekitar lombong yg aku katakan tadi, pergi jalan kaki jer, ramai2 tak terasa sangat walaupun jaraknya dari rumah ada dalam 10 km tapi minat punya pasal semuanya tidak menjadi soal bagi kami, biasanya sebelum pegi kami dah berbincang area mana yg kami nak pergi sebab area lombong ni bukannya kecil..besar woo terlalu banyak pilihan untuk kami melakukan aktiviti menangkap ikan ni jadi kami akan terus ke tempat yg kami setujui tadi tak perlu tercari - cari lagi. Kalau dah asyik ngan aktiviti ni boleh lupa semuanya, kadang2 tu hari dah hampir senjapun masih tak nak balik sampai kena bising ngan wan dan makcik2 jiran. Alhamdulillah rezeki kami sentiasa ada ,tak pernah pulang ngan tangan kosong. team tangkap ikan ku dulu ramai selain dari teman2 sebaya, wan aku,apak dan makcik2 jiran juga mempunyai minat yg sama ngan aku, kenangan menangkap ikan bersama mereka tak akan ku lupakan sampai bila2.. Memang syok giler.