Halaman

Ahad, 9 September 2012

MKI (masihkah kau ingat ) Musim gagau ikan.



Selain dari bermain, aktiviti yg di gemari oleh aku dan kanak2 yg seangkatan dengan ku dulu ialah menggagau ikan


 ( tangkap ikan guna tangan ) gagau ikan ni selalunya di paya, 


kolam yg nak di keringkan dan banyak lagila janji airnya


 cetek, selalunya tempat tumpuan aku dan kawan2 untuk


 menggagau ikan adalah di sekitar lombong tinggal berhampiran


 kawasan felda, di sekitar kawasan lombong ni banyakla lopak2 air


 yg di diami oleh berbagai jenis ikan antaranya ikan sepat, puyu, terboi,


 potak, putih, sepat siam, haruan dan juga keli.so pada musim kemarau


 kawasan ni pasti akan di penuhi oleh penduduk sekitar semata - mata 


untuk melakukan aktiviti ni la ( menangkap ikan ) berbagai cara di gunakan


 untuk menangkap ikan pada masa tu, ada yg guna sauk, jala, jaring dan berbagai


 lagi la. Bagi ku pula aku lebih gemar guna tangan sebab selalunya bila air dah


 hampir kering, lumpurnya agak banyak jadi ianya agak menyukarkan untuk kita


 menggunakan peralatan ni tadi dan juga untuk menangkap ikan2 pilihan


 seperti ikan haruan atau ikan keli yg biasanya pandai menyembunyikan diri


 di dalam lubang dan di celah2 kayu..di sini skill menggagau di perlukan sebab


 seperti ikan haruan ia amat aktif melarikan diri dan ikan keli pula mempunya sengat


 yg agak berbisa tapi bagi kami masa tu ia tidak menjadi halangan bagi kami.


Selalunya aktiviti ni kami lakukan beramai - ramai, selepas bersepakat


 nak pergi maka berduyun - duyunla kami ke lokasi kegemaran kami


 iaitu di sekitar lombong yg aku katakan tadi, pergi jalan kaki jer,


 ramai2 tak terasa sangat walaupun jaraknya dari rumah ada dalam 10 km


 tapi minat punya pasal semuanya tidak menjadi soal bagi kami, biasanya


 sebelum pegi kami dah berbincang area mana yg kami nak pergi sebab


 area lombong ni bukannya kecil..besar woo terlalu banyak pilihan


 untuk kami melakukan aktiviti menangkap ikan ni jadi kami akan terus


 ke tempat yg kami setujui tadi tak perlu tercari - cari lagi. Kalau dah asyik


 ngan aktiviti ni boleh lupa semuanya, kadang2 tu hari dah hampir senjapun


 masih tak nak balik sampai kena bising ngan wan dan makcik2 jiran. Alhamdulillah


 rezeki kami sentiasa ada ,tak pernah pulang ngan tangan kosong.


 team tangkap ikan ku dulu ramai selain dari teman2 sebaya, wan aku,apak


 dan makcik2 jiran juga mempunyai minat yg sama ngan aku, kenangan


 menangkap ikan bersama mereka tak akan ku lupakan sampai bila2


.