Halaman

Jumaat, 20 Julai 2012

Ramadhan datang lagi 2012..


Assalamualaikum buat semua kwn2 yang mengenali samaada di luar atau dari blogger semua..
        Saya ucapkan selamat mengerjakan ibadah puasa kepada seluruh umat islam tak kira di mana saje, di atas bumi Allah ini. Dengan kedatangan bulan suci ini  saya harap seluruh umat islam akan kembali bersatu, lupakan sengketa yang membawa pada perpecahan dan keruntuhan akan kekuatan umat islam.

        Pada para peniaga tidak kira di mana, paling utama yang berjual di bazar ramadhan janganlah letakan harga yang mahal, berikan harga patutlah, tengtang barangan jualan pula janganla barangan yang dah tak elok ataupun dah basi tapi masih lagi dijual, nak untung lebih...   Bila bercerita tentang puasa pasti teringat zaman dulu-dulu betul tak, zaman kanak2, zaman tu belum tahu lagi akan kebesaran yang terkandung di dalam bulan suci ini, yang kami tahu hanya keseronokan, nak tahu apa keseronokan ramadhan pada kanak2 zaman tu.  Pada masa dulu di awal 70an macam tu la kalau bulan puasa ni, waktu siangnya macam biasalah,,rutin hariannya tetap diteruskan contohnya kaum bapa tetap pergi keladang memetik buah kelapa sawit. Buat kaum ibu tugas memasak,mengemas rumah dan macam2 lagi la tugas mereka.
          
        Zaman dulu mana ada bazar ramadhan macam zaman sekarang ni..semuanya kena buat sendiri, kalau teringin nak makan buat ajer, ori mak buat, nak cendol buat, nak air soya buat, nak ape sebut jer insyaAllah mak pasti buatkan. Yang paling aku ingat masa tu menu kueh berbuka kami adalah kuih penganan talam, kalau tak silap akulah..kueh ni berbentuk 4 segi berlapis - lapis dan lapisan atasnya agak manis2 sedikit,  di letak kan dalam talam, di kelilingnya pula ada kuah.emm sedap, itu kueh yg pasti emakku buat tak kala berbuka..

        Yang syoknya zaman tu, kita cuma perlu buat satu jenis kueh jer, tapi masa berbuka kita akan dapat 4 atau lebih jenis kueh, nak tau camana ha ni caranya masa kita buat kueh tu, kita perlu buat kueh tu dalam kuantiti yg agak banyak sedikit, ni bukan untuk membazir tapi untuk proses tukar - tukar juadah berbuka sesama jiran - jiran nanti.biasanya kueh yg biasa dalam proses tukar menukar juadah ni ialah kueh yg mak aku selalu buat tu kueh penganan talam, kueh badak berendam, kueh koci, lepat pisang dan banyak lagila kueh2 zaman dulu..yg aku dah lupa maklumla la org lelaki apa yg tau, tau makan jer.he, he.
Itulah aktiviti yg pasti ada di zaman2 dulu di bulan puasa...zaman sekarang rasanya ada lagi kot kalau kat felda, atau kt kampung..

                                                        Main meriam buluh.



                                         Mercun dan bunga api, sekarang dah x boleh main salah...

           Pada kanak2 pula aktiviti bulan puasa semakin bertambah, contohnya dibulan ini kalau kat kawasan felda terdapat aktiviti main meriam buluh, main perang2 dengan mercun dan untuk yang agak penakut mainla bunga api aje. Zaman dulu benda ni belum di haramkan lagi, masa ini jangan, main je kejap lagi polis datang. Ha zaman tu memang seronok lepas je berbuka ramai kanak2 bekumpul untuk aktiviti ni, saya ingat lagi kawasan antara rumah saya ngan rumah pak hassan di jadikan medan pertempuran sebab kawasan ni agak semak sikit dan boleh di jadikan tempat perlindungan kalau di serang, kalau main perang2 tu mercun yang selalu digunakan ialah mercun lidi ( yang ni bunyi letupannya agak perlahan), mercun kelawar( kuat bunyinya dan agak bahaya), mercun katak( meletup dan melompat macam katak), mercun dus (meletup tapi tak la kuat sangat,mengikut bilangan ada 10 dus, 15 dus dan 30 dus ) dan banyak lagi la jenis mercun masa tu, tapi yang paling laku masa tu mercun2 inilah. Masa tu harganya tak la mahal sangat, kalau mercun lidi tu baru 5sen saje, mercun kelawar tu mahal sikit 20 sen sebatang... yang lain2 tu saya dah lupa harganya tapi sekitar itula harganya.So apa lagi aktiviti ni bermula dari satu ramadhan sampaila hujung ramadhan, maka berdentumla disana dan di sini tapi untuk pengetahuan di zaman dulu yg herannya tak ada yang putus jari tangan, jari kaki , meletup kena mata, paling kuat pun luka2 kecil yang tak di hiraukan pun kanak2 masa tu.
Selain dari aktiviti main mercun, satu lagi aktiviti yg sangat popular di zaman dulu2 di bulan puasa ialah main tikam2,Tikam ni sebenarnya ada unsur2 perjudian tapi budak2 manalah tau sangat tentang hukum hakam ni hinggakan akupun pernah jadi tukang jualnya,, dapat lah untung jugak wat duit raya he!he! tikam2 yg paling popular ialah tikam duit....


Tikam angpau, angpau yg bernombor seperti pada tiket akan di cabut jika tiket seseorang tu mengena, nombor yg mengena adalah no yg genap jer tapi bukan semua no genap ada angpaunya, nilai pada angpau tu pulak dari 10 , 20, 50 sen dan seringgit tapi kebanyakannya 10 senla kalau tak camana tukang jualnya nak buat untung, btul tak.sekali cabut tiket 5 sen jer.
Ha lagi satu tikam 1000 tiket..sebab tiketnya ada seribu, yg ni pun lebih kurang sama jer dgn tikam angpau tadi cuma cuma kalau kena kita dapat lihat terus berapa yg kita dapat.
Selalula dalam main tikam ni tukang yg menjual la yg untung..pe na buat ekk bisnes mesti nak untung..ha,ha.


 awal ramadhan aktiviti memasak kuih raya belum mula lagi, kebiasaannya kaum ibu2 akan memulakan tugasan ini di pertengahan ramadhan. Saya masih ingat lagi masa tu kaum ibu kalau start buat kuih mesti kuih yang pada saya agak senang dibuat dan tahan lama contohnya kuih loyang, tempeyek, kuih siput dan banyak lagi la,,,, bila masuk hari ke 20 puasa je, kaum ibu ni tadi dah mula sibuk dengan kuih yang agak moden dan terbaru contohnya berbagai jenis kek, tat dan macam - macam lagi.Di akhir ramadhan iaitu hari melihat anak bulan, kita akan dapat lihat tiap2 rumah sibuk memasak masakan tradisional mereka. Saya agak beruntung sebab masyarakat di sini datang dari berbagai negeri,, ada dari Melaka, ada dari Pahang, dari Negeri 9 , Johor , Kedah dan banyak lagi, kecuali dari Sabah dan Serawak aje yg tiada. So di sini saya dapat rasa berbagai jenis masakan, kalau nak makan nasi impit, lemang, ketupat, longtong, laksa dan berbagai lagi la, pilih saje rumah mana yang kita nak pergi.


Ok la aku kena log off kt sini dulu ada masa nanti aku add some story lagi tentang pose dan raya dulu2, apa - apa hal aku ucapkan selamat berpuasa ramadhan buat semua..